Profil


SEJARAH SEKOLAH

    Mula ditubuhkan pada 1 Februari 1972 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson di bawah bimbingan pengetuanya, En. Visvanathan. Pada tahun 1975, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di mukim Si Rusa, di bawah pentadbiran pengetua barunya, En. Atma Singh dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Si Rusa. Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 18 buah bilik darjah, 3 buah makmal, sebuah bilik guru, perpustakaan dan pejabat serta sebuah blok untuk bengkel seni perusahaan. Bilangan pelajarnya ialah seramai 350 orang dan gurunya pula seramai 12 orang. Pada tahun tersebut pelajar-pelajar mengambil peperiksaan LCE buat kali pertama kalinya dan mencapai kelulusan 75% iaitu satu pencapaian yang agak baik bagi sebuah sekolah baru. Kelas tingkatan 4 bermula pada tahun 1991 dan serentak itu namanya berubah kepada Sekolah Menengah Si Rusa.



   Sebuah bangunan baru (Blok C) telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 1997, bersempena sambutan Jubli Perak sekolah ini sekali lagi telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana (SMKBS) kerana faktor kekeliruan dengan Sekolah Kebangsaan Si Rusa dan juga kerana letaknya di atas bukit, menghadap ke arah laut dan saujana mata memandang. Di bawah pimpinan pengetua baru iaitu Pn. Latifah Mohd Rashid, SMKBS telah menunjukkan kemampuannya dan telah terpilih sebagai Sekolah Harapan Negara (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar) peringkat Negeri. SMKBS juga telah terpilih memasuki pertandingan 3K peringkat Kebangsaan dan telah terpilih antara 10 sekolah terbaik.

   Pada tahun 2006, SMKBS sekali lagi mencipta kegemilangan apabila berjaya merangkul Naib Johan Anugerah Kecemerlangan Menteri Pelajaran (AKMP) bagi kategori Sekolah Menengah Luar Bandar. Kejayaan ini telah menyemarakkan lagi semangat warganya untuk terus unggul mencipta kejayaan yang lebih bermakna. Kini, SMKBS dipimpin oleh pengetua baru yang cukup berdedikasi, Pn. Hjh. Johara Bt. Dato' Hj. Nawawi dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 80 orang serta 18 orang kakitangan sokongan bersiap sedia untuk memimpin seramai 1300 orang pelajar ke arah melahirkan generasi baru yang mampu berdaya saing dalam pelbagai bidang.







BARISAN KEPIMPINAN SMK BUKIT SAUJANA







PN. HJH. JOHARA BT. DATO' HJ. NAWAWI
Pengetua Kanan
SMKBS











PN. HJH. AZIZAH BT. HJ. MUSA
Penolong Kanan Akademik
SMKBS











PN. RASHIDA BT. MD. ALI
Penolong Kanan HEM
SMKBS











PN. ZAHARIAH BT. ABU HASSAN
Penolong Kanan Kokurikulum
SMKBS